Blog versi Bahasa Malaysia
We now have a Malay version of this blog, where I’ve translated all the existing posts into Malay. Hope I didn’t make too many mistakes! We’ll also try to update the site a bit more frequently in the future.
Kami kini ada blog versi Bahasa Malaysia, dimana saya cuba menterjemahkan semua kandungan matlumat keBahasa Malaysia. Saya harap tidak membuat banyak kesalahan kesalahan. Kami juga akan berupaya selalu menambahkan kandungan blog tersebut dimasa hadapan.
April 23rd, 2008 at 2:13 am
bagus jika ada dalam bahasa malaysia
April 23rd, 2008 at 3:28 am
salam,
saya sangat mengalukan-ngalukan blog ini dalam bahasa malaysia…
supaya tidak ada salah faham lagi…
tq.
April 23rd, 2008 at 6:43 am
Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah..
Jazakumullahu khairan jazak..
Terima kasih buat tuan rumah..
Moga Allah adakan manfaatnya..
Sedikit demi sedikit kita disajikan dengan perkembangan positif mengenai sufiah..
moga terus ada penambahbaikan hari demi hari..
Moga kita tak putus harapan..
May Allah show us the right path of His way..
April 23rd, 2008 at 1:33 pm
Bahasa Melayu anda agak kelam-kabut. Mungkin anda boleh meminta pertolongan sesiapa yang mahir untuk membuat terjemahan ini.
April 23rd, 2008 at 9:31 pm
Hi Azril,
Yes, I was rather worried about that being the case; my mum doesn’t write in Malay very often, so it’s not all that surprising. Apparently it’s much more difficult for her to translate sentences from English to Malay than to just write everything in Malay without worrying about translation. I just hope it wasn’t completely unintelligible.
Your suggestion about perhaps asking someone else to do the translation is a good one, but we’d feel bad about getting someone to do it without giving them anything in return — it’s not an easy job! Maybe we could give them free copies of our forthcoming books, or something.
Regards,
Iskander
April 24th, 2008 at 2:59 am
hoh, tp leh faham je..cuma bahasa adala style lama sket..hehe..
April 24th, 2008 at 6:11 am
Good effort by Puan Halimaton, it is very hard to translate something especially if you are not trained to do so. It’s not completely unintelligible, you still can understand the fact but it does sound quite funny sometimes. (Like an old malay literature that nobody really reads anymore)
Well here is the more up-to date Malay translation, (I won’t say the correct one because I might done a few mistakes myself) but it sounded more like the malay we used in Malaysia now. This in the Getting The Latest News section since it is the introduction of the whole blog.
— Mendapatkan berita terkini–
Sebagaimana yang telah kami nyatakan beberapa kali, kebanyakkan berita yang terdapat di dalam akhbar aliran perdana mengenai keluarga Yusof dan zaman kanak-kanak Sufiah adalah tidak tepat kerana para editor cenderung untuk menyaring maklumat-maklumat yang kami berikan apabila kami bersetuju untuk ditemuduga.
Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku, inilah laman yang patut anda lawati. Kami akan cuba untuk mengemaskini maklumat-maklumat di sini sekerap yang mungkin. Kami mengalu-alukan para pelawat untuk menyebarkan berita mengenai kewujudan hyusof.com apabila Sufiah ataupun keluarganya dibincangkan secara online atau di medium lain kerana umum patut mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku!
Cara paling mudah untuk mengikuti berita-berita terbaru di sini adalah melalui newsletter kami. Ianya akan mengadungi semua berita-berita terbaru di sini dan sekali-sekala Puan Halimaton akan menulis tentang teknik pengajarannya yang mudah digunakan. Anda boleh mendaftar di sini.
Just thought I help (its free
April 24th, 2008 at 10:14 am
Iskander,
eloklah blog dalam bahasa melayu…Iskander pun boleh belajar sekali..senyum selalu…..
April 24th, 2008 at 10:34 am
Dear Iskander
Puan Halimahton can always write in Malay similar to what she has written in English without having to actually translating them. Still I admire her ability to write in Malay after so many years living in UK. Do you all speak Malay at home? Don’t worry about your less than perfect Malay because what important is people understand what is being written. People will always find fault with you no matter how hard you try to tell the truth. And this is precisely what you and your family are set to do in the first place ie to tell the truth about your family. Nobody’s perfect and there are a lot of dysfuntional families out there so just pray to Allah for guidance always. I wish you and your family well. Insya Allah.
April 24th, 2008 at 11:17 am
assalamualaikum….permulaannya kegembiraan pertengahannya kesedihan dan harapanku semoga segalanya diakhiri dengan keceriaan.salam UKHWAH untuk Pn Halimaton sekeluarga
April 24th, 2008 at 11:45 am
Assalamualaikum, jangan risau tentang tatabahasa. Orang ramai faham kesulitan yang ada. Pada mulanya, saya juga ingin menghulurkan bantuan untuk membuat terjenahan, tetapi sekiranya Puan Halimah dan Iskandar boleh melakukannya sendiri, apa salahnya. Asalkan apa yang ingin disampaikan difahami. Walaubagaimanapun, sekiranya ingin juga mendapatkan bantuan terjemahan, sila hubungi saya. Tidak perlu untuk balasannya. Wassalam
April 24th, 2008 at 2:50 pm
Salam kak Halimahton serta keluarga,
Saya doakan kak Halimahton serta keluarga sihat sejahtera hendaknya…kepada Sufiah pula pulanglah kepangkuan keluarga…jangan ikutkan hati yang amarah…kesihankanlah ibumu…kita semua sayangkan sofiah…
Disini saya sertakan senikata lagu dari Aishah & video youtube yang di nyanyikan oleh Aishah yang bertajuk Syurga Di Telapak Kaki Ibu. Kalau siapa yang faham dengan senikata lagu ini pasti akan menitiskan air mata bila teringatkan ibu.
http://www.youtube.com/watch?v=jxQ1RbYDM0I
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Tiada bahgia jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu
http://www.youtube.com/watch?v=jxQ1RbYDM0I
April 25th, 2008 at 3:32 am
hi isk..
thanks for developing this malay version blog…
i hope your *bahasa* will improve by this..
April 25th, 2008 at 6:25 am
Tahniah kak Halimahton,
tak kisah lah apa org nak kata tunggang terbalik pun.. janji org paham apa yang akak cuba cerita..
tahniah sekali lagi
April 25th, 2008 at 8:14 am
BTW the word ‘olih’ should be spelled ‘oleh’ its the new spelling (not so new, they changed it in the mid 70’s) and for words starting with ‘di’ followed by places, it should be a space in between…like ‘di Muar’ instead of ‘diMuar’
not to worry even in Malaysia they made the same mistake. ;-P
April 25th, 2008 at 8:18 am
Assalamualaikum kepada Puan Halimahton sekeluarga….
Saya mendapat tahu mengenai blog ini melalui TV3 Malaysia yang disiarkan melalui youtube…
Saya mengaharapkan Puan Halimahton bersabar dan tidak berhenti berdoa kepada Allah agar Sufiah mendapat Hidayah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar…
Doa itu senjata Orang Muslim… Doa seorang Ibu untuk anaknya selalunya dimakbulkan..
Puan, pada pandangan saya, buruk baiknya seorang manusia itu tidak haruslah dipersalahkan kepada ibu bapa atau keluarganya. Saya sedikit pun tidak merasakan puan sekeluarga bersalah dalam hal ini. Sebaliknya, perubahan sikap Sufiah kepada negatif adalah kerana salah dirinya sendiri.
Secara peribadinya, dahulunya saya sendiri sering terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti penagihan dadah, seks bebas dan bermacam lagi dosa besar yang pernah saya lakukan. Sedangkan ibu bapa saya selama ini mendidik saya dengan sempurna, cukup ilmu tentang agama dan dunia.
Saya amat memahami perasaan Puan sekeluarga ditambah lagi dengan pendedahan dan liputan yang meluas tentang keruntuhan moral anak puan, Sufiah.
Puan, anggaplah ini sebagai dugaan yang Tuhan berikan untuk menguji kekuatan Puan sekeluarga sebagai Hamba-Nya.
Allah amat menyayangi hambanya yang tak putus berdoa kepadaNya ketika ditimpa musibah.
Saya yakin anak Puan akan mendapat Hidayah dari Allah sepertimana Allah memberi Hidayah kepada saya yang untuk berubah.
Berdoalah… dan mintalah Pertolongan Allah. InsyaAllah doa Puan akan dimakbulkan sepertimana Allah memakbulkan doa ibu saya.
Amin..
April 25th, 2008 at 8:23 am
P/s: I uderstand English but i cant write in English well…
Still learning….
April 25th, 2008 at 2:35 pm
Assalamualakum w.b.t…. &
Salam Sejahtera Buat Kak Halimaton Sefamily.
Seawalnya Segala Puji Bagi ALLAH,Pengatur Sekelian Alam yg memberikan saya keluangan masa selps Jumaat ini untuk menuliskan sesuatu yg saya sendiri tak tahu adakah ini bermanfaat buat Kak Halimaton dan Keluarga.Selawat dan Salam buat Nabi & Rasul Junjungan Muhammad S.A.W. Pembawa Risalah Petunjuk & Kedamaian Sekelian Alam,Ahli Bait,Para Sahabat.. Para `Alim `Ulama` dan Para Penerus Perjuangan Suci ini..sehingga ke Hari Kebangkitan
terdahulu,dikesempatan ini tahniah saya ucapkan buat Kak Halimaton Sekeluarga kerana berjaya menerbitkan blog ini in English dan dlm Bahasa Melayu..untuk membolehkan orang ramai faham ttg apa yg sebenarnya berlaku dan lebih tahu apa perkembangan terbaru dan terkini dalam usaha mengembalikan Sufiah ke Pangkuan Suci ….jugak untuk membolehkan org ramai mengetahui jika terdapat apa apa berita yg kurang tepat atau salah tentang sufiah(sepertimana yang telah Kak Halimaton nyatakan di atas).Sebenarnya sejak pertama kali saya membaca berita ttg apa yg telah terjadi pader sufiah yg terpampang di harian metro…saya amat terkejut,sedih… bercampur baur perasaan antara percaya dan sebaliknya…kerana ia dr akhbar.dan akhbar itu sendiri the difinition is: sesuatu ada yg benar dan ada yg salah padanya…. dan selebihnya ia jugak membuatkan saya terasa berdebar debar,terasa apa yg berlaku spt terlalu dekat.Mungkin disebabkan saya jugak org Muar membuatkan saya terasa Kak Halimaton Sekeluarga Spt Org seKampung dan Saudara Sendiri(wpun kita x pernah kenal) tp terasa ia seperti sungguh terlalu dekat.ntahlaa…i don`t know why that i feel in my sensation.Lebih dr itu mungkin disebabkan Islam mengajar Kita dan Semua Penganutnyer adalah spt Saudara Sendiri….dan sehingga disini saya mengharapkan Kak Halimaton Sekeluarga akan terus tabah didalam menghadapinya dan teruskan usaha untuk mengembalikan Sufiah ke Pangkuan Suci…kerana sesuatu yang tak mampu kita nafikan,antaranya ialah… ” Apabila Awan yang kelabu dan mendung yang tiba tiba datang.. ia mungkin pasti membuatkan kita terasa kelabu dipandangan kan,yang kemudiannya disusuli Hujan.. Petir.. Kilat dan Halilintar yang membelah Awan sehingga ke ufuk timur…yang mungkin sekali akan membuatkan kita terasa tertutup dan gelap dipandangan,namun… sesuatu yg harus kita ingat,seperti lazimnya sunnatuLLAH…yg sering kita perhatikan sejak kecil yang mungkin tanpa 1 penilaian buat diri sendiri mahu pun org sekeliling yang mungkin disebabkan terbatasnyer pemikiran dan penilaian kita sewaktu anak kecil ialah…
“Lazimnya selepas hujan… Awan yang mendung, Hujan.. Petir.. Kilat dan Halilintar yang bersilih ganti mengelabu dan mengelapkan pandangan tadi, pasti akan berlalu pergi…
Dan selepas itu…” Langit pasti akan Cerah kembali “… ” dan Matahari dgn Cahayanya pasti akan kembali ….yang Cahayanya mungkin sekali akan sampaiii dan kembali menerangi… walau ke rekahan tanah di ceruk bumi…”
Sampai disini, buat Kak Halimaton serta Keluarga…
…Insya`Allahu ta`ala Semoger Nanti Kalian Akan Dapat Melihat…
” Langit yang Pasti Cerah Kembali… Dan Matahari Dgn Cahayanya yang sehingga ke Ceruk Bumi…”
Dan buat Sufiah.. “Walaupun Kita Tak Pernah Kenal…
Kembalilah Ke Pangkuan Suci Seperti Asal MU…
Kembalilah Wahai Saudara KU Sebelum Terlewat Waktuu…”
Salam Ukhuwwah Dari Perlembahan Nil..
Buat Kak Halimaton Sekeluarga.
Wassalam
April 26th, 2008 at 12:12 pm
ini lebih bagus. Tahniah kerana sudah ada blog melayu.
April 27th, 2008 at 5:42 am
doa ibu..
doa ibu itu senjata yang paling mujarab bagi merawat luka dan duka sufiah.
sama2lah berdoa mohon Allah menyucikan hatinya kembali..
April 27th, 2008 at 10:36 am
Assalamualaikum.
I think I prefer to the English one
Boleh mempertingkatkan penguasaan English Language saya
My regards is always be with all of you.
April 28th, 2008 at 6:30 am
OK JUGA DALAM BAHASA MELAYU.SEGALA KEKELIRUAN DAPAT DIATASI.
April 28th, 2008 at 8:23 am
Ujian adalah tarbiah dari Allah..Apakah kitakan sabar atau sebaliknya….DOA IBU ADALAH PENAWAR….inssyaAllah YB husam musa melalui KIJANG CARE akan membantu Kak sekeluarga.
April 28th, 2008 at 9:52 am
Salam buat Pn. Halimahton dan anak2. Semoga puan dan keluarga sentiasa dilindungi Allah SWT. Pertamanya maaf jika tulisan saya ini agak panjang, namun ada yang saya ingin kongsi bersama puan. Secara peribadi saya turut merasa simpati dan sedih di atas apa yg berlaku pada Sufiah, juga puan sekeluarga yang secara tidak langsung turut menanggung akibatnya. Entah kenapa, seperti juga “MERAH BIRU”, saya juga terasa dekat dgn puan walau kita tak kenal satu sama lain, apatahlagi jarak UK-M’sia yg ckup jauh..namun satu kebetulan saya juga anak kelahiran Muar, Johor dan juga atas sbb kita saudara sesama Islam membuatkan saya terpanggil untuk memberi komentar. Entah kenapa, nama Muar sekali lagi terpampang di dada akhbar, sedikit masa dulu tentang seorang mahasiswa di Taiwan asal Muar, namanya “NAMAWEE” yg memalukan negara sendiri dgn lagu negaraku yg secara melampau diubahsuai, tu tak kisahlah, memang patut kena buang negeri pun. Bandar Maharani ini (Muo lah) sekali lagi diperkatakan, cuma ianya 2 isu yg berlainan. Tapi dalam isu Sufiah, sebagai org Islam, saya simpati dgn puan. Untuk pengetahuan puan, kita juga mungkin kebetulan mengalami nasib yang agak serupa. Di waktu ini, saya, mak dan adik-beradik sedang bertungkus-lumus membawa adik perempuan saya balik ke pangkal jalan. Hanya kerana culture shock belajar di IPTA (universiti) adik saya jadi lupa diri sehingga melupakan jasa ibu yang selama 9 bulan mengandung dan membesarkan. Kalau adik saya tak pedulikan kakak2 dan abang2nya, kami masih boleh bersabar, tapi ini dengan ibu sendiri dia tak kisah. Bila di rumah, ibu dibuat macam orang asing, tak bertegur sapa. Tak ambil tahu langsung ibu tu sakit pening ke, (maklum kami adik-beradik yg lain di luar daerah bekerja, berkeluarga etc )Hanya kerana cinta membabi buta kepada lelaki yang hanya terang-terang sebenarnya hanya gilakan tubuh badan adik saya saja (adik saya memang cantik macam anak kacukan mat saleh, badan tinggi lampai macam model) dan juga segala duit simpanan adik saya sebanyak hampir 15 ribu habis dikebas teman lelaki (kami agak2la duitnya habis pada lelaki itu sebab dapat penyata kewangan serta terjumpa diari adik tertulis bayar sewa rumah motor etc..adik saya tidak menyewa dan tiada motor, pasti untuk lelaki itu), belum lagi duit PTPTN pun dikebas habis licin oleh lelaki menganggur dan tak guna satu sen tu. Hingga saat ini, adik saya telah hampir 2 bulan mengikut teman lelaki, katanya ke rumah ibubapa teman lelakinya. Tapi, dia fikir kami bodoh..adik saya hidup hanya nak enjoy. Akhirnya pelajaran pun tercicir, masa depan gelap. Seperti kata Khairul Hashim, walau cukup didikan agama dan dunia oleh ibubapa, tapi jika diri sendiri tidak mahu berubah tak bermakna apa-apa. Benarlah, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Sedangkan mak dan arwah ayah saya tak pernah kurang dalam mendidik anak2, terutama bab2 agama Islam. Cuma mungkin adik saya tak sempat merasa kasih sayang arwah ayah kerana meninggal dunia ketika adik saya berusia 3 tahun, namun itu bukan alasan untuk tagih kasih syg lelaki. Rasanya cukup melimpah ruah kasih sayang kami abang2 dan kakak2nya serta ibu kepada adik bongsu saya yang masa kecil sangat comel, dia cukup kami sayangi dan manjakan. Masih ingat lagi ketika kecil, (siapa org Johor taulah, mungkin negeri lain pun punya sistem yang sama) kami di Johor mempunyai sistem pendidikan sekolah agama yang sangat istimewa. Adik saya juga tamat belajar sekolah agama. Saya lihat, pelajar2 universiti di M’sia sekarang semua mcm culture shock. Ini cerita benar, kawan baik saya sekolah maahad, tapi bila masuk universiti, tudung labuh ‘terbang’, pakaian dah macam tak cukup kain, paling teruk duduk bersekedudukan pulak dengan bangsa India sampai bila ditanya kalau kawin nanti mahukah teman lelaki masuk islam, dia boleh jawab “tak kisahlah, mana2 pun boleh. islam pun boleh, apa2 pun boleh!” Nau’zubillah! APA SUDAH JADIK DENGAN GADIS MELAYU ISLAM?? Yang perempuannya kebanyakan (tak semua tau..)bentuk badan dah ‘habis’ (yg mana terasa cuba cermin tubuh badan masing2 di cermin, maaf cakap semua dah gelebeh dan jatuh sana sini). Mereka ingat lelaki2 di luar sana tak pandai ‘tengok’ gadis tu sama ada masih suci dan sesuai ke tak untuk dijadikan calon isteri? Gadis2 ini ingat lelaki nak ke ambil jadi isteri? Rasa2nya tanyalah mana2 lelaki pun, sejahat2 lelaki pun, tapi bab2 mencari calon isteri pasti nak yang ada basic agama, supaya dapat membimbing anak2 mereka kelak. Gadis2 Melayu kini nampak seronok diusung boyfriend keluar masuk hotel, disko dan segala macam maksiat. Saya hanya mampu beristighfar panjang, masyaAllah!! Mereka ini ada otak!! Kenapa agama Islam diketepikan? Saya juga kini seorang ibu kepada 2 anak2, sebagaimana harapan ibu saya pada saya agar anak2 jadi berguna, begitulah harapan saya pada anak2 saya agar menjadi anak2 soleh dan solehah. Hingga saat ini, kami tak putus2 cari ikhtiar membawa adik saya ke pangkal jalan serta berubat, termasuklah kononnya adik saya kena minyak pengasih, katanya di tahap kronik. Rasanya dah banyak org kami minta pertolongan, secara tradisional atau lain2. Air yasin segala macam masjid, semuanya belum berhasil. Hanya doa ibu serta adik-beradik kini tak lekang dari bibir mohon Allah SWT beri hidayah buat adik bongsu kesayangan kami ini. Rasanya ibu saya dah kering airmata, namun apa yang pasti Allah itu Maha Mendengar. Terkini ada org pandai2 bagi jalan, cuba air wuduk ibu ditadah dalam bekas, serta disapukan ke tubuh badan adik ketika tidur, insyaAllah dengan izin Allah SWT jika ilmu2 salah akan terhapus dengan air wuduk ibu sendiri. Entah, kami cuma ikut saja, cuma belum berkesempatan buat sebab adik saya pergi kali ni agak lama, 2 bulan tak balik2, selalunya dia balik2 Muar jugak. Kita hanya mampu berikhtiar, namun Allah SWT yang berkuasa menentukan. Apa yang pasti, tentu ada hikmah di sebaliknya. Cuma harapan saya agar puan Halimahton ikhtiar terus cari jalan, umpama kita main layang2, bila terlepas talinya, cuba sedaya upaya tangkap tali itu. Bila dah berjaya pegang ekor tali layang2, pegang ianya sekuat hati dan jangan sekali2 bagi ianya terlepas lagi. Mereka ini umpama layang2, terlalu mudah ditiup angin. Kita inilah saudara terdekat yang patut memastikan agar kita tidak lagi terlepas pandang dan cuba sedaya upaya agar tali iman itu tidak terlepas atau terputus terus, Na’uzubillah. Teruskan memberikan pendidikan agama Islam pada anak2 puan, maklum hidup di rantau orang apatahlagi bumi Inggeris macam2 boleh jadi. Sebagai orang Islam, berdosa kita kalau hanya tunggu dan lihat tanpa berbuat apa2. Saya ambil kesempatan ini memuji usaha pihak2 yang berkenaan baik kerajaan atau pembangkang untuk mengembalikan adik Sufiah ke jalan yang diredhai Allah, juga pangkuan keluarga. Dan sebagai keluarga, kita terus berusaha dan berdoa, jika dikabulkan Allah, saya pasti ianya pengakhiran yang cukup manis dan bererti buat kita semua, syukur padaNya. Namun, jika sebaliknya, terimalah ketentuan Illahi serta qada’ dan qadarnya, mereka yang pilh sendiri jalan kehancuran itu, namun kita masih teruskan doa agar mereka diberi hidayah tidak sesat lebih jauh apatahlagi murtad, Nau’zubillah. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah terbesar, buat puan dan adik-beradik Sufiah teruskan IKHTIAR+DOA+SABAR….. Semoga ianya menjadi iktibar buat kita SEMUA!! Apa yg berlaku pada Sufiah, puan Halimahton dan keluarga tidak mustahil akan berlaku pada kita kerana hidup ini umpama roda..kalau tak kita, anak cucu kita.. nau’zubillah! BALASAN ALLAH SWT ITU PASTI, SYURGA NERAKA ITU BENAR.. Kepada yang menderhaka pada ibubapa dan terlampau sosial serta tak ingat agama, bertaubatlah sebelum terlambat..ingat, sebelum matahari terbit dari barat!! Salam kembali buat puan Halimahton dan anak2, harap tabahkan hati.. wassalam.
April 29th, 2008 at 6:15 am
assalamualikum…ibu halimahton sekeluarga…ape perkembangan sufi?bagaimana rombongan rawatan yang di anjurkan persatuan melayu…mog a ALLAH permudahkan..
May 4th, 2008 at 3:06 pm
Salam,kakak halimaton sekeluarga,hari ini saya baca harian metro berita tentang usaha Professional Islamic Support and Nurture Group [pisang] membawa supiah kembali kepangkal jalan.Saya harap ini dapat mengurang tekanan dalam masaalah yang di hadapi oleh kakak sekeluaga sekarang.Saya berdoa semuga ianya berjaya INSYAALLAH AMIN.
May 4th, 2008 at 8:03 pm
Salam buat Kak Halimahton sekeluarga. Secara peribadi saya turut merasa simpati dan sedih di atas apa yg berlaku pada Sufiah sememangnya ia merupakan sesuatu yang sangat tidak terduga akan berlaku. Disini saya mengharapkan Kak Halimahton Sekeluarga akan terus tabah didalam menghadapinya dan teruskan usaha untuk mengembalikan Sufiah kepangkal jalan.
Saya secara peribadi merasa amat teruja untuk tahu apakah perkembangan terkini yang boleh dikongsi bersama.Beberapa persoalan juga timbul di dalam pemikiran saya bagaimana pergolakkan yang berlaku di dalam keluarga Kak Halimahton. Bagaimana sikap bapanya, adek beradeknya dan Kak sendiri terhadap Sufiah.
Dari cerita-cerita yang dipaparkan saya merasa dia bagaikan dahagakan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya. Kenapa saya berkata demikian?…….. Dia inginkan sesuatu yang boleh mententeramkan jiwanya sebab itu dia memilih untuk berkahwin diusia yang begitu muda (19) tetapi malangnya dia gagal juga. Saya merasa terharu juga membaca berita yang menyatakan bahawa tidak ada seorangpun ahli keluarganya yang hadir dan majlis perkahwinan tersebut berlansung dengan begitu serdahana sekali. Keadaan ini tentunya mengecewakan.
Mungkin banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang membuatkan Sufiah merasa keciwa dengan ahli keluarganya yang menyebabkan dia sudah hilang kepercayaan dan tidak mengharapkan apa apa lagi.
Saya harap Kak Halimahton tidak keberatan untuk bercerita akan keadaan sebenar yang berlaku sehingga boleh menyebabkan Sufiah mengambil tindakkan yang sangat tragis ini.
Buat Iskander berusahalah untuk mencari Sufiah dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang anda miliki jangan hanya berserah kepada undang-undang sehinggakan tidak mampu untuk mencari jalan keluarnya dari kemelut ynag sedang berlaku.
SEMOGA BERJAYA …INSYAALLAH AMIN.
May 10th, 2008 at 6:06 pm
Assalamualaikum
Ibu Halimahton, Abraham, Aisha, SUFIA, Iskander and Zuleikha
Stay unite and insyaAllah with your prayers, dearest Sufia will return.
To Sufia, please think of the good times… only then will you think of
your mum and siblings. Do not hesitate to return home, they are waiting
for you..
May 21st, 2008 at 9:51 am
Assalamualaikum Pn Halimaton,
Terima kasih di atas new update mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Saya mencadangkan segala article mengenai pendidikan ini dibukukan. Pasti ianya bermanafaat kepada para ibubapa dan tentunya laris jualannya di Malaysia, Singapore dan brunei
July 9th, 2008 at 11:21 am
Assalamualaikum,
Saya amat menyokong cadangan pihak anda untuk membuka blog dalam bahasa melayu.
Saya juga mencadangkan agar Puan menghantar anak puan ke Malaysia untuk pergi belajar di Institusi-Institusi Agama di sini. Saya bukan bermaksud untuk berkata bahawa didikan agama anak2 puan tidak cukup, tetapi, dengan menghantar mereka ke IPT2 agama akan membolehkan mereka belajar ilmu-ilmu agama secara mendalam, kerana ilmu-ilmu inilah yang penting supaya mereka dapat beramal dengannya dalam mempersiapkan diri menghadapi hari akhirat kelak.
Saya ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa,
Wassalam.
August 7th, 2008 at 11:55 am
Aslmualaikum wbt.
salamun alaikum bima shabartum.
harap b’sbr
sesungguhnya hikmah besar menanti. moga sufi kembali ke pangkal jalan
bi’idznillah.
ws
September 24th, 2008 at 7:57 am
sye baru dgr citer sufiah nie…. kesian gak…. sye doakan semoga sufiah kembali…. mm.. sye de gak kawan yang camtu…. tpi skang nie, dier dah pulang kat family dier…. kalau leh, puan halimaton bawak la bersabar banyak… walaupun sufiah tu org semenanjung like all of u, tpi kami kat sarawak nie pun turut ambik tau pasal sufiah ni….. tu je la…. semoga kiter pat jumpe……
wassalam
September 30th, 2008 at 1:12 am
Dear yusofs..
My heart goes to all your family members for hanging on there and enduring this hardships. although you might have heard this often enough but I’m very sure that Allah has a lot more to offer to all of you in time. I have been through rough times as well, and it is especially hurtful when it comes from your family as we never deny that fact and it will follow us wherever we go right…?I’m here if you need help with translating your english version articles or anything…I pray that Sufiah will be ‘guided’ back to your family. Assalamualaikum..