Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Soalan soalan yang sering ditanya

Thursday, April 10th, 2008

Ada beberapa orang yang menyatakan tentang kesusahan membaca ruangan Pembetulan Semua Salahfahaman. Kami bersetuju dengan pendapat mereka. Olih itu kami siarkan ruangan pendik tentang soalan soalan yang sering ditanya dan kami harap ini lebih senang difahami. Namun demikian cubalah baca pos tersebut sebab banyak mengandungi butir butir yang mendalam.

Keluarga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat Malaysia diatas sokongan, fahaman dan segala nasihat yang bermanfaat.

Dapatkan berita terbaru

Wednesday, April 9th, 2008

Sebagai telah kami nyatakan beberapa kali, kebanyakkan berita dalam akhbar aliran utama mengenai keluarga Yusof dan zaman kanak kanak Sufiah tidak tepat sebab para editor selalu cenderung kepada menyuras matlumat matlumat yang kami maksudkan bila kami bersetuju dengan temuduga.

Jika anda mahu mengetahui tentang kejadian yang kebetulan, ruangan ini adalah tempat yang anda boleh lawat; kami akan cuba membaharui maklumat maklumat bila bila yang mungkin. Kami menegaskan kepada semua supaya menyebarkan berita tentang hyusof.com apabila Sufiah atau keluarganya dalam apa apa pembicaraan online atau dimana mana, sebab orang umum mesti mengetahui maklumat yang benar!

Cara yang paling senang untuk mengikuti berita berita yang baru adalah melalui newsletter kami. Surat berita ini akan mengandungi butir butir yang baru yang kami akan poskan dan sekali sekala Puan Halimahton akan menulis tentang mudah-guna teknik pengajarannya. Anda boleh mendaftar disini.

Tambahan galeri

Wednesday, April 9th, 2008

Nampak sangat ruangan ini terlalu sederhana olih itu kami masukkan galeri untuk meyeronokkan para pembaca sedikit. Pada masa ini kami hanya menambahkan gambar gambar dengan cara rambang tetapi kami harap ini dapat memberi sedikit perasaan tentang bagaimana keadaan anak anak Yusof masa muda dibawah jagaan ibu.

Pembetulan Semua Salahfahaman

Tuesday, April 8th, 2008

Terlalu banyak berita berita tentang pekerjaan dan kedudukan Sufiah baru baru ini dalam media tetapi kebanyakan yang ditulis dan disiar mengenai sejarah keluarganya tidak berapa benar. Ramai golongan wartawan yang lebih minat menghiburkan para pembaca dengan butir butir yang pelik tetapi bukan salah mereka keseluruhan kerana Farooq selalu bercakap yang bukan bukan dan kadang kadang mahu memberi anggapan yang kami semua tidak normal. Keluarga kami sentiasa merasa serbasalah bila ia menghadap wartawan semasa temuduga. Kini kami mahu membetulkan dengan banyak penerangan semua salahfahaman.

Salahfahaman 1: Semua anak-anak Yusof, Farooq asuh menggunakan cara “melajukan (accelerated-learning)” — cara melibatkan pengajaran dalam keadaan sejuk, dendaan kalau salah menjawab dan senaman fizikal dan senaman bernafas.

Sebenarnya Farooq tidak bertanggungjawab langsung dengan pengajaran anak anak! Semasa mereka masih kecil, Halimahton adalah seorang ibu tunggal sebab Farooq dalam penjara atau dalam larian daripada pihak berkuasa selama enam tujuh tahun –- bila ia kembali bebas Iskander anak yang bongsu sudah berumur tujuh tahun. Pada masa itu anak anak Yusof telah menjadi pencapai pencapai muda dan tiga ke tujuh tahun lebih maju dalam semua bidang bidang akademik walaupun mereka kurang menggunakan masa dengan aktiviti gunaan buku buku (sibuk dengan latihan tenis atau bermain dengan adik beradik dan merantau).

Jadi siapa yang sebenarnya mendidik anak anak Yusof? Halimahton keseluruhnya, ibu mereka yang tidak pada mulanya ada niat langsung mahu anak anaknya menjadi pencapai pencapai muda (prodigies), megajar anak-anak dirumah (homeschool) atau melajukan pengajaran anak anak (hothouse) hanya beliau membela semua anak anak setakat yang ia boleh walaupun dalam keadaan sukar. Walaupun ia kesaorangan, Halimahton ada kemahiran yang unik sesuai sebagai penjaga kanak kanak, pendidik dan juga pencari nafkah untuk empat orang anak anak dan keluarga. Dia sedari dan faham yang semua bayi bayi ada sikap semula jadi (natural) ingin tahu dan ghairah tentang pelajaran jadi ia semasa kanak kanak masih muda lagi tidak membuang masa terus mendidik dan mengasuh anak anak dengan dorongan rohani. Ini dengan ringkas menyebabkan kenapa anak anak Yusof menjadi pencapai pencapai muda — Halimahton dapat menubuhkan satu ikatan utama dengan setiap anak anaknya membuat mereka senang, seronok dan minat belajar daripada ibu.

Akhirnya setelah kelahiran Zuleikha, Halimahton sedari ia ada menubuhkan satu cara khas merupakan satu kaedah yang ia tidak bermaksud, bukan terdiri dengan undang undang yang tetap tetapi teknik beliau adalah cara yang fleksibel bergantung kepada personaliti, minat minat dan perasaan suasana anak anak. Ia tidak menganggap caranya sebagai kaedah yang melajukan sebab baginya mengasuh anak anak dengan cara tergopoh gopoh tidak berfaedah jika mereka sendiri tidak ada kemahuan untuk belajar dan ada banyak bukti bukti yang menunjukkan dalam jangka panjang ini akan menghalang kefahaman dan kebolehan ingatan mereka. Sebenarnya Halimahton hanya mengasuh jika anak anak menunjukkan minat dan berperasaan suasana yang baik dengan ape ape yang ia hendak jelaskan sebab ia merasa sangat penting anak anak menganggap perkara pelajaran dengan emosi yang seronok dan menyenangkan.

The real teacher

Apabila anak anak Yusof lengkap umur masuk sekolah, mereka sudah terlalu maju berbanding dengan semua kanak kanak setaraf umur, tetapi bagaimana pun Halimahton semacam semua ibubapa mendaftarkan anak anak dalam sekolah Northampton — beliau tidak langsung ada niat mengajar anak anak dirumah. Malangnya pada masa itu di dalam sekolah sekolah diUK tidak ada peruntukkan khas bagi kanak kanak pintar yang terlalu maju. Walaupun sistem dalam sekolah cuba memberi anak anak Yusof pengajaran istimewa setiap kali, kebetulannya mereka terpaksa belajar bersendirian dan bila pulang kerumah ibu kena menambah pelajaran mereka. Akhirnya Sufiah sendiri menetapkan yang ia tidak mahu belajar disekolah dan memujuk ibunya agar ia diasuh dirumah. Halimahton pada mulanya tidak berapa setuju dengan permintaan anaknya kerana banyak masaalah kewangan dan juga ibu tunggal dan ia faham dan mengerti mengajar anak anak dalam keadaan sukar memerlukan banyak masa dan komitmen. Selepas berbicara panjang dengan anak anak nampak sangat yang mereka semua keras hati bersatu padu yang mereka lebih minat belajar dirumah dengan ibu dan sebab Halimahton pun gemar mengajar dan juga belajar dengan anak anak, ia akhirnya bersetuju.

After the first day at school

Selepas keputusan itu, Halimahton meneruskan pengajaran anak anak, pada asasnya beliau mengajar mengikut kurikulum komprihensif sendiri mengikuti kadar anak anak ingin belajar. Tidak ada keperluan bagi anak anak belajar cepat cepat sebab mereka sudah terlalu kehadapan. Semua usaha usaha menjadikan mereka pencapai muda berlaku sebelum mereka berumur lima tahun — anak anak hanya belajar lebih kurang satu atau dua jam sehari, ini adalah kerja kerja persekolahan yang dianggap formal.

Malangnya suasana keadaan harmoni banyak berubah selepas Farooq pulang kerumah pada tahun 1993. Anak anak sangat ghairah bapa mereka balik dan sangat gembira dengan kehadhirannya dan tidak sabar mahu menunjukkan kebolehan mereka. Ibu mereka pada mulanya ingin menceraikan suami tetapi melihatkan betapa seronok anak anak merasa kepulangan bapa mereka ia tidak sampai hati mampu melaksanakan tujuan tersebut atas syarat suaminya berperangai baik jauh daripada ape ape kelakuan jenayah dimasa hadapan. Tetapi keadaan situasi Farooq merosot sebab ia tidak dapat ape ape pekerjaan olih kerana record jenayah menjadi ia membuat cadangan tinggal dalam rumah “menolong” Halimahton menjaga anak anak dan ini adalah punca permulaan semua masaalah keluarga kami.

Things weren\

Masaalah yang utama sekali adalah sifat keakuan (ego) Farooq. Dia percaya yang ia lebih pandai dan lebih berpengetahuan daripada isterinya dan terus mengambil alih semua peranan melatih anak anak dalam tenis daripada ibu mereka (pegajaran akademik berlangsung macam biasa). Berbanding dengan Halimahton, Farooq tidak faham dan mengerti tentang cara berkaitan dengan anak anak dan ia sentiasa hilang sabar bila mereka degil dan tidak melaksanakan semua arahan arahannya. Apabila mereka tidak berjaya atau nampak tidak pedulikan dengan usaha usaha memenangi pertandingan tenis terutama sekali dihadapan orang ramai, ia sendiri merasa malu kerana kegagalan anak anak. Ini membuat ia marah marah dan kadang kadang hilang sabar dan memukul anak anak sebab megecewakan semua harapannya. Lagi sekali isteri mahu menceraikannya tetapi olih kerana keadaan kewangan keluarga sangat merosot dan juga ia dalam mengandung Zuleikha, Halimahton cuba berbincang tentang perangai Farooq yang ia anggap tidak munasabah dan anak anak tidak perlu menerima denda denda yang tidak sesuai. Kalau kita meninjau kembali, kami rasa ini tidak berkesan tetapi pada masa itu perceraian hanya boleh mengibatkan banyak kesusahan dan masa hadapan yang tidak tentu bagi seluruh keluarga.

The kids were mostly independent while studying for their exams

Semasa Farooq sibuk dengan latihan tenis anak anak, ibu mereka meneruskan usaha mengajar mereka seperti biasa dan akhirnya mereka sudah sedia memulakan kerja kerja A-levels (hanya Iskander yang masih muda memilih kursus GCSE dengan ibunya). Semua kerja kerja A-levels anak anak berusaha sendiri, Farooq hanya menolong mereka bila hampir masa peperiksaan. Farooq lagi sekali tidak ada kemampuan mengajar anak anaknya matematiks olih kerana perangainya yang kurang sabar sama dengan kelakuannya dalam latihan tenis. Nasib baik anak anak sudah sempurna dengan asuhan dan pengajaran daripada ibu mereka dan ada kebolehan belajar bersendirian tanpa banyak pertolongan daripada Farooq dan anak anak akhirnya berjaya dalam peperiksaan walaupun tabiat Farooq yang kadang kadang tidak munasabah.

Ringkasnya Farooq tidak banyak memberi sumbangan terhadap pendidikan anak anak dan percapaian mereka sebelum university — 75% pengajaran anak anak adalah dengan ibu semasa mereka muda dan yang lain adalah usaha mereka sendiri. Tanpa Farooq anak anak pasti masih boleh mencapai kemajuan awal dengan ketiadaan semua skandal yang ia wujudkan.

Salahfahaman 2: Anak anak Yusof jadi pencapai muda sebab dipaksa belajar cara yang keras dan kerana bersekolah dirumah.

Palsu. Halimahton tidak pernah mengasuh mereka lebih daripada dua jam sehari, dan semasa dalam A-levels anak anak belajar mengikut suka hati mereka. Anak anak diajar dirumah sebab sistem dalam sekolah tidak ada kemudahan untuk kanak kanak pintar. Sekarang ada sekolah sekolah bayaran yuran yang mahal terhad swasta yang mampu mengajar kanak kanak yang banyak kebolehan.

Anak anak Yusof tidak mewarisi sifat sifat kemahiran ini tetapi ibu ada kebolehan menfikirkan cara cara khas untuk mendorongkan mereka minat dengan pelajaran yang dapat menolong mereka mencapaikan semua potensi potensi yang ia percaya wujud dalam semua kanak kanak.

Sufiah working hard

Salahfahaman 3: TV dan pop music dilarang dalam rumah.

Ini tidak benar. Anak anak semua selalu menuntun siri siri TV seperti Fawlty Towers, X-Files, dan Star Trek, sukan dan wayang gambar. Pada masa ini mereka minat pelbagai program program yang berlainan sesuai dengan umur dan zaman moden.

Musik pop tidak dilarang-semua ahli keluarga minat mendengar lagu lagu jenis rap, klasik dan sebagainya. Halimahton ada kepercayaan yang musik, nyanyian lagu lagu dan tarian (tambah lakunan) sangat mustahak dalam semua pengajaran terutama sekali dalam bidang kreatif kanak kanak yang terlalu muda.

See the radio in the background?

Salahfahaman 4: Ibubapa Yusof menggunakan tekanan yang keras untuk kemajuan anak anak.

Ini tidak benar sebab mereka tidak perlu bantuan daripada ibubapa — ramai pencapai tinggi biasanya bersifat tinggi harapan dan mereka sendiri bercadang mahu banyak tekun dalam semua usaha usaha. Bagi kami kebanyakan matlamat yang tidak realistik atau yang berterlaluan asasnya daripada golongan masyarakat luar keluarga yang mempunyai kepercayaan yang pencapai muda selalu mengalami kejayaan malahkan bagi kami pencapai muda kadang kadang mengalami kegagalan juga. Ini sangat mustahak kerana mereka mesti sedar, faham dan mengurus apa apa cabaran dan kegagalan dalam kehidupan dengan wajar.

Salahfahaman 5: Kebolehan Sufiah melebihi dan unik dalam keluarga.

Bukan sebenarnya — memang Sufiah sangat pintar kerana ia selalu dalam spotlight media lebih daripada adik beradiknya yang lain olih sebab kejadian kehilangannya selepas ia masuk university Oxford. Iskander setahun lebih muda bila ia keuniversiti dan Zuleikha lebih muda lagi bila ia lengkap pelajaran A-levels (walaupun sudah lengkap kelayakkan ia belum minat mahu masuk keuniversiti kerana gemar meneroka kegiatan kegiatan yang bukan akademik). Memang sudah sifat media lebih suka menayangkan kedudukan Sufiah sebab banyak cerita yang mengagumkan.

Selamat Datang

Wednesday, April 2nd, 2008

Ini adalah blog rasmi keluarga Yusof. Kami akan sentiasa menambahkan kandungan matlumat disini setiap masa yang boleh daripada Puan Halimahton, Iskander, Zuleikha, Abraham dan Aisha; lihat muka surat Mengenai untuk profil kami masing-masing.