Soalan-soalan yang sering ditanya

Jadi Farooq sebenarnya tidak mendidik anak anak langsung?

Memang ia tidak. Agak susah hendak mengajar bila tidak hadhir dirumah keluarga selama enam tahun. Semasa ini Halimahton adalah seorang ibu tunggal.

Tapi saya baca surat khabar berlainan! Saya dengar tentang “cara mengajar yang laju”…

Ini sebab Farooq gemar bercakap memanjang depan wartawan. Tiada siapa pun ahli keluarga kisah membetulkan matlumat matlumat yang tidak benar kerana tidak dianggap mustahak.

Halimahton tidak bersetuju dengan istilah “pengajaran laju” sebab ia lebih suka mengajar mengikut kelajuan dan kebolehan masing masing terhad dengan keminatan dan juga pemilihan peribadi anak anak. Sifat Iskander yang selalu mengambil masa cuba memafahami apa apa konsep yang diajar dan tidak suka tergesa gesa menjawab soalan menyebabkan ibunya gunakan pengajaran yang memberi ia masa yang lebih untuk berfikir. Ibu pun kena sabar menunggu bila mengasuhnya.

Jadi macam mana anak-anak Yusof menjadi pencapai pencapai muda?

Semua akibat ini tidak lansung dirancangkan. Halimahton hanya berniat dan berharap membela anak anak sebaik baik yang ia boleh dan pendidikan mereka adalah satu aspek pengasuhan sahaja. Anak anak tidak dianggap sentiasa duduk depan meja belajar tetapi semua aktiviti aktiviti keharian yang lain menjadi sumber pengajaran. Kebanyakan pendidikan berlaku bila ia mendorong anak anak menyertai aktiviti aktiviti seperti masak karipap atau membuat rancangan merantau untuk latihan dan pertandingan tenis kebangsaan.

Akhirnya setelah banyak melaksanakan dan menyertai pelbagai aktiviti dan lain lain Halimahton mendapat jelas yang falsafah pengajaran anak anak yang ia amalkan dapat menolong mereka maju lebih cepat daripada kebiasaan cuma bagi kami sekeluarga ini tidak ganjil. Ini sebab cara Halimahton mengajar membuat banyak perkara perkara yang dianggap susah senang dicapai untuk ibu dan anak anak.

Jadi ada kaedah atau prosedur yang khas yang digunakan?

Kalau kita tengok kebelakangan memang ada kaedah tetapi Halimahton tidak percaya dengan kegunaan contoh atau teknik yang tunggal, ia gunakan banyak garis panduan dan tidak banyak peraturan yang tetap. Misalnya Halimahton selalu ada hubungan yang sangat baik dengan anak anak dan mereka faham satu sama lain. Selepas itu ia cuba membuat semua pengajaran seronok supaya mereka minat belajar dengan ibu atau pun bersendirian. Ini menggunakan banyak teknik teknik untuk kemudahan belajar dan sebagainya. Yang penting mesti melaksanakan seluruh proses seronok dan bermanfaat-bukan sahaja untuk anak anak tapi untuk ibu juga!

Berapa agaknya tabiat semula jadi dan berapa pula asuhan?

Kami fikir kebanyakannya sebab asuhan. Sifat sifat keperibadian anak anak dan juga minat minat mereka kami anggap diwarisi dan Halimahton menganjur pengajaran anak anak mengikut kesukaan mereka. Ramai pendidik yang membuat kesalahan mengajar menggunakan satu cara sahaja untuk setiap pelajar walaupun setiap pelajar berbeza dan memberi perhatian terhadap perkara perkara yang berlainan.

Jika anak anak ada masaalah belajar puncanya adalah cara ia diasuh bukan kerana ia tidak pandai. Jadi bila Halimahton mengalami masaalah sebagai ini ia selalu mengubahsuai cara asuhannya sampai pelajar itu faham kalau gagal dengan usaha ini, dibiarkan sampai lain masa.

Adakah anak anak dipaksa berusaha betul betul keras?

Tidak langsung — bila mereka masih kecil lagi (sebelum umur lapan tahun) mereka belajar selama satu atau dua jam dan selepas itu mereka biasanya berusaha sendirian dan membuat jadual masing masing. Kanak kanak muda sangat susah menumpukan fikiran melebihi dua jam sehari dan kalau terlebih masa, ini tidak bermenfaat.

Kenapa anak-anak berskolah dirumah?

Sebab mereka terlalu maju berbanding dengan kanak seumur dengan mereka bila disekolah. Mereka ada pergi sekolah bedekatan tetapi sekolah tersebut tidak ada kemudahan mengajar kanak kanak yang terlalu berkebolehan dan anak anak sentiasa kena ditinggalkan belajar sendirian. Lepas itu anak anak masing masing mahu ibu mereka mengasuh mereka dirumah.

Buat masa ini banyak sekolah istimewa sudah ditubuhkan dan Halimahton sudah tentu masukan anak anak disekolah tersebut kalau ia mampu bayar yuran yang tinggi.

Kenapa Sufiah lari daripada Oxford?

Bagi pendapatnya perangai bapanya yang ia tidak setuju. Apabila ia banyak masaalah dalam tahun pertama bapanya terlalu memusatkan perhatian terhadap Sufiah sampai ia terasa tekanan.

Kenapa sekarang Sufiah bekerja sebagai seorang escort?

Boleh jadi ia mahu atau befikir yang ini cara yang paling cepat mendapat duit gaji. Kami sekeluarga tidak sekali menggalakkan kelakuan ini dan harap ia satu hari sedar dan menyesal dan pulang kearah jalan yang baik. Ini ia mesti memikirkan dan menetapkan sendiri. Kita doakan selalu.

Apa fasal dengan tabiat Farooq?

Macam ramai orang kehidupanya bukan selalu terang. Dia mempunyai banyak sifat sifat yang baik malangnya ia ada masaalah peribadi semasa muda (kita tidak mahu mengumpat tentang keluarganya) membuat ia berperangai yang sangat ghaib dan tidak waras sekali sekala. Biasanya Farooq bersifat bertimbang rasa tetapi kadang kadang ia ada perangai hilang sabar dan ini punca semua masaalah kami sekeluarga. Setakat ini ia mohon tinggal kesaorangan dan mendapat pertolongan pakar psikaitri.

Kenapa Halimahton tidak ceraikanya dahulu?

Dia ada beberapa kali mahu dicerai tetapi sebab keadaan keluarga kewangan yang susah dan juga Zuleikha baru lahir ia sedar yang perceraian akan menjadikan masa hadapannya yang tidak tentu. Sekarang ini sudah dirasmikan.

Salah ke masuk universiti awal?

Ini tertakluk kepada sifat sifat pencapai muda. Kalau 12 atau 13 tahun dan mempunyai kebolehan penumpuan yang terlebih dan juga sangat matang dan faham apa cita cita masa hadapannya, ini tidak menjadi satu masaalah. Jika tidak, biarkan pemuda itu luaskan kebolehanya supaya banyak pilihan kursus dalam universiti.

Misalnya Zuleikha kini berumur 14 tahun dan sudah lengkap kelayakkan masuk universiti tetapi is mahu luaskan minatnya sebelum ia mendaftar agak agak dua tahun selepas ini. Ia sekarang bebas membuat apa apa hobi dan aktiviti dan sangat tenang hati sebab tidak ada lagi tekanan apa apa peperiksaan! Bagi pendapat kami seorang pemuda yang berumur 16 tahun sudah matang dan nescaya tidak akan mengalami banyak masaalah diuniversiti.

Peliknya semua anak anak terlalu minat hendak masuk universiti dengan segera bila mereka dapat kelayakkan yang lengkap. Kalau melihat kebelakangan kami rasa menyesal sedikit terlalu tergopoh gopoh dan tidak berfikir sangat tentang baik buruk kehidupan dalam universiti untuk anak anak yang sangat muda. Pada masa itu menfaat masuk universiti terlalu banyak..kemudahan internet (PC kami terlalu buruk!). Kami juga kesusahan kewangan mampu membeli buku buku yang sesuai atau belajar dengan Open Universiti dan masa itu tidak ada kemudahan peruntukkan kanak kanak pintar diseluruh negara. Dalam dunia yang sempurna mereka kami rasa dan anggap tidak akan masuk universiti sangat awal.

Kalau menjadi pencapai muda masa hadapan yang maju terjamin?

Tidak juga tetapi kalau pintar sangat senang masa hadapan jika banyak kebolehan dan ini mesti ditambah dengan kemahiran yang lain seperti motivasi diri pandai bermesra dalam masyarakat dan selainnya.

Walaubagaimanapun kami percaya kemajuan awal boleh menjadi satu kelebihan tetapi masyarakat umum tidak mengerti dan faham tentang pencapai muda dan kebolehan mereka menjadi buangan. Nasib baik kami banyak pengalaman mengenai tentang pencapai muda dan mengerti macam mana mereka boleh menggunakan kemahiran mereka dan ini tertakluk kepada keadaan mereka yang khusus.