Mengenai Kami

Ini adalah website rasmi keluarga Yusof; kami tubuhkan blog ini kerana terlalu banyak berita mengenai keluarga kami dalam media pada masa ini. Sila hubungi kami jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sementara itu jika anda terjumpa website kami dan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap blog ini, kami sila memperkenalkan ahli ahli keluarga yang membuat sumbangan tersebut.

IKHTISAR PROFIL PENYUMBANG

Puan Halimahton adalah warganegara Malaysia tinggal diUK. Lahir diMuar dan bersekolah rendah selama enam tahun diSingapura (bapanya bertugas sebagai polis British RAF). Ia pulang keMuar berumur 14 tahun dan belajar diKolej Tunku Kurshiah. Selepas SPM ia menerima biasiswa menyambungkan pelajaran tinggi diUK. Ketika peganjian PhD dalam bidang organometallic chemistry diuniversiti Hull, ia dianggap sebagai seorang ahli kajian yang paling baik dalam jabatannya tetapi ia bersara sebab lebih mengutamakan tanggungjawab menjaga empat orang anak anak yang masih kecil sehingga mereka sampai umur persekolahan. Walaupun ia percaya dan sedar akan kemahirannya mengasuh anak anak( terutama sekali ia senang cepat mengikat perhubungan baik dengan kanak kanak), ia tidak sekali menyangka yang empat orang anak anaknya (sekarang lima orang) menjadi kanak kanak pencapai muda (prodigies).

Puan Halimahton sekarang mengajar pelajar pelajar British yang pelbagai umur dan kebolehan dari umur lima tahun sampai enam belas tahun. Sementara ia sedang menulis dan ingin menerbitkan semua falsafah dan kaedah kaedah cara pengajarannya.

Zuleikha lulus A-level Matematiks dengan mendapat gred A bila ia masih berumur sembilan tahun. Sekarang ia berumur 14 tahun dan sudah mempunyai kelulusan A-level Matematiks, Matematiks Terusan dan Fizik (semua gred A). Dia juga berjaya menunaikan kursus Open Universiti dalan bahagian biologi dan fizik. Dengan kelengkapan semua peperiksaan ia kini menggunakan masa meneroka pelbagai bidang yang ia minati sebelum masuk universiti dua tahun akan datang. Sementara itu ia belajar pengaturcaraan komputer (computer programming), seni lukisan dan penulisan kreatif dan sekali sekala menyemak semua perkara perkara matematiks tinggi. Ia ingin menjadi pereka permainan (game designer) dimasa hadapan.

Kebanyakkan masa Zuleikha digunakan dengan hobi hobi termasuk membaca novel khayalan, mendengar iPod Nano, sukan atletiks, tenis, bermain PSP games, Xbox 360 dan PC. (nak jadi game designer lah..), merantau, minat mengikuti pemilihan presiden US, bergurau senda dengan ibu (selalu menakut dan megejut ibu) dan menegas megeja namanya dengan huruf ‘h’ (berlainan ejaan seperti dalam surat beranak!!).

Iskander berjaya masuk universiti berumur 12 tahun dan lulus dengan taraf First Class dari Warwick Universiti dalam kursus MMath semasa ia berumur 15 tahun. Setelah itu ia mendapat MSc dalam Komputer Sains daripada Imperial Kolej London memenangi Group Project Prize yang ia ketuai dalam kajian pengiktirafan iris (iris recognition). Pada masa ini ia berusaha dalam bidang “machine learning” dan “artificial intelligence” dan pelbagai jenis projek yang lain dengan harapan semoga ia boleh diberi banyak lagi masa untuk menunaikan semua cita cita.

Semasa ia berumur tujuh tahun, Ishak Ibrahim dipilih untuk latihan tenis nasional dan ia kanak kanak yang paling muda sekali mendapat kejemputan tersebut. Ketika ia 13 tahun ia dianggap pemain junior tenis yang keempat paling mahir di UK menerima sumbangan daripada Syarikat Rover. Malangnya tangannya mengalami kecederaan dan memaksanya menumpukan usaha terhadap kegiatan kegiatan lain. Ia ada menerima tawaran masuk universiti bila ia masih 15 tahun tetapi ia lebih minat dengan mendapat pengalaman berniaga dan sekarang dalam pemasaran “direct response”.

Aisha menerima ijazah masters serupa adiknya Iskander dalam universiti yang sama dan mereka merupakan adik beradik yang paling muda menjelaskan kelayakkan tersebut. Mereka berdua masuk universiti sangat awal, Iskander berumur 12 tahun dan Aisha 15 tahun. Aisha seterusnya mendapat kelayakkan Masters dalam Mathematics Education dan hampir jelas kursus PhD sementara itu ia ada bekerja dengan indastri tenaga dan ia sudah selamat berkahwin. Wanita sibuk nampaknya.